Salam,
Awak ape khabar? sihat? saya alhamdulillah. ok sahaja. Nikmat yang Allah berikan sangat lah banyak, sungguh benar kata-kataNya, tidak terkira. Ujian yang disampingkan juga tidak kurang hebatnya. Tanda sayangNya terhadap hambaNya, ye tak?
Sebenarnya sejak lebih tiga empat jam yang lepas, saya perlu membuat bacaan. Bacaan yang sangat banyak. Diberi masa hanya sehari untuk habiskan bacaan ini, lebih 1000 muka surat rasanya. Tapi malang, niat semangat yang bertubi-tubi tadi hilang entah kemana.
Tugas semakin bertambah. Bukan hanya sahaja di Masjid malah sebagai individu yang diberikan berbagai-bagai amanah juga bertambah. Dilantik sebagai Pengerusi F3 (Faith, Family & Fun), sebuah komiti rekreasi yang bertujuan memberi suntikan ukhwah serta semangat kepada sahabat teman seperjuang, tidak cukup itu ditambahkan pula amanah untuk melakarkan satu konsep penubuhan Keluarga Masjid, menggabungkan beberapa pihak menjadi satu, ini sudah cukup berat, ditambahkan lagi dengan sebuah Training Advance AEDP. Ini belum diambil kira dengan konvensyen masjid yang bakal menjelang minggu ini.
Bukan, bukan mengadu atau mengeluh. Hanya berkongsi. Mungkin memang berat. Tapi ingat, ini juga nikmah. Alhamdulillah. Mengharapkan sangat agar diri ini tahu erti bersyukur bukan sekadar di bibir sahaja.
Minggu lepas hadirkan diri dalam bengkel sains sosial. Amat lah sangat menarik. Tidak pernah didedahkan dengan perkara sebegini....
Bila sedang sibuk sebegini...
Sesungguhnya diri ini mempunyai tanda tanya. Suatu soalan yang amat dalam, perlu di fikir dan dihayati.
Akhir zaman... suatu yang menyeramkan...
Awak, awak doakan saya ok?
Doakan semua juga.
Terima kasih.