Wednesday, October 5, 2011

GOLD & SILVER


Assalamualaikum wr wb,

ikhwah, akhwat dan teman-teman,

Sekadar perkongsian, jika anda berminat untuk membeli dan menyimpan emas dan perak, kini ada beberapa cara yang membolehkan kita menyimpan mengikut kemampuan masing-masing.




Kenapa Simpan Gold & Silver?

Kalau dalam pandangan beberapa ulama Islam terkini, ianya kerana wang kertas berkait rapat dengan Riba, dan Allah memerangi Riba'. Lebih selamat simpan harta dalam bentuk lain terutamanya seperti Emas & Perak, sepertimana yang telah digunakan untuk bermuamalah pada zaman Baginda s.a.w.

Boleh lihat video Sheikh Imran Hossein & Umar Vadillo. (click link)

Kalau nak tahu sebab kenapa ramai orang seluruh dunia sibuk simpan Gold & Silver, tentang hyperinflation dan sebagainya, boleh research sendiri. =P 






Kenapa Silver?


Lihat video-video berikut.
  1. Silver Shortage
  2. Best Hedge Against Inflation
  3. The Silver Perspective
  4. The Curious Case For $936 Ounce Silver 
  5. Why Silver? Why Now?



Bagaimana nak beli Silver?

Biasanya Silver Coins tidak dijual sekeping-sekeping, tapi ianya biasa dijual dalam jumlah yang besar sekaligus 20 keping ke atas yang boleh mencecah harga RIBUAN DOLLAR. Sila lihat contoh-contoh berikut:
  1. Silverag.com.sg
  2. Silverbullion.com.sg
  3. Royalsmithbullion.com
  4. Singaporemint
TETAPI KINI! Anda boleh mendapatkan sekeping 1/2 Ounce Silver dengan harga serendah S$65 sebulan dan berpeluang untuk mendapatkan banyak lagi dengan PERCUMA! (Kira sekarang ni ada cara untuk beli one piece je, tak perlu keluarkan beribu-ribu dollar kalau nak beli/simpan silver)

Sila CLICK sini!

Senang cakap ah kan, kita cuma beli satu atau lebih silver sebulan, refer kat orang lain untuk beli juga, setiap 2 keping orang lain yang kita refer tu beli, kita dapat 1 FREE! Kalau 10 orang beli setiap sorang sekeping, kita boleh dapat 5 FREE setiap bulan... Usahanya disini, nak cari orang lain untuk beli lah. Kalau nak niatkan anggap ianya sebagai dakwah untuk selamatkan harta-harta mereka, itu adalah lebih baik. :)






Bagaimana pula nak beli Gold?

Banyak cara, sebab GOLD SENANG DAPAT. Beli je jeweleries, pon boleh. Tapi antara cara yang lebih baik adalah:
  1. Beli BULLION GOLD COINS (antara tempat yang boleh didapatkan adalah di main branch bank UOB, Raffles Place)
  2. Mustafa Centre pun ada juga insyaAllah, dan banyak lagi.

Kenapa GOLD? Kerana harga gold secara konsisten melambung tinggi! Harganya telah naik lebih kurang 9 KALI GANDA sejak tahun 2000. (Lihat link)

Jadi siapa yang dah mula simpan sejak tahun 2000, harta mereka dah berganda sebanyak lebih kurang 9 kali!!

Saya sendiri kini cuma beli di Bank UOB.

Untuk lihat harga sila lihat sini. (Updated daily)

Antara emas yang dijual di UOB adalah seperti Bullion Gold Coins dan PAMP Gold Bar dengan harga dan berat yang berbeza-beza (1, 1/2, 1/4, 1/10 oz atau 5, 10, 20gm)

Apabila nak beli emas ini, perlu ambil kira Carat Purity & Premium harga Gold ini. (sila lihat link jika ingin tahu lebih lanjut)

Ini research categorization saya sendiri. Harga ini mengikut sususan Premium TERENDAH.







Bagaimana pula nak beli Dinar & Dirham?


Kalau anda sudah bersedia untuk memperjuangkan dinar & dirham, dan kembali menggunakan mata wang harta ini (sunnah money) sebagai transaksi harian, bolehlah dapatkannya di:
  1. Syajarah1424
  2. E-Dinar system
  3. dinaranddirham.com.sg (Dari sini juga anda boleh menjualkan segala bentuk emas dan perak anda!)





Kenapa saya sendiri menyimpan Gold & Silver?Kerana daripada saya simpan wang saya di bank ribawy (yang mengambil riba'), dan daripada saya membiarkan simpanan wang kertas saya (fiat money) yang berada di bank makin hilang value-nya kerana inflasi, baik saya simpan di dalam PHYSICAL Gold yang lebih selamat.

Yang halal itu nyata, dan yang haram itu nyata, diantara keduanya pula ada yang syubhah (samar-samar antara halal dan haram), maka jika ingin selamatkan agama, tinggalkanlah pekara yang samar-samar itu. Sebahagian ulama kata wang kertas (fiat money) itu riba' dan haram (lihat video atas), sebahagiannya juga kata simpan di bank ribawy itu haram juga. Untuk elakkan perkara syubha ni saya simpanlah dalam Gold. Sekarang sudah ada ALTERNATIF. insyAllah selamat.





Wallahu'alam.

Berikut hanyalah ilmu cetek yang saya ada. Mungkin banyak lagi peluang dan sebab untuk membeli di luar sana yang belum saya ketahui, jika anda ada informasi lebih, haraplah dapat berkongsi dengan saya. Dan jika anda ada sebarang soalan, bolehlah bertanya, kalau saya tahu, saya kongsi.

Terima kasih.
Wassalam.




Teman seperjuanganmu,
Muhd Fakhrur Radzi Mohd Noor




PS: Kalau sudah ada niat nak beli tu, beli sahaja jangan tunggu lama-lama. Nanti menyesal. Saya sendiri pun dah terlambat... :)