Thursday, January 13, 2011

weird day

weird weird day.

Went to 'Asyir, class sheikh Awad. Dia ajar talaqqi kitab Al-Azkar, Sunan Abi Daud, Al-Kifayah, Khoridah & Ulum Hadith Ibn Solah, mula Zohor sampai lepas Maghrib biasanya. I'm guessing this is my last day going to a talaqqi class before going home in less than a week. My loss.

weird weird day.

Tadi bila datang, sebelum masuk kelas (di dalam rumah, sebuah apartmen), terlintas dalam fikiran, "Hmm, kasut baru beli ni, selamat ke letak luar? Letak jelah tawakkal, kasut lain lawa2 pun banyak".

Selepas solat maghrib dan tamat kelas, dapat lah juga salam sheikh, buat kali terakhir rasanya peluang sebelum pulang ni. Sejurus selepas beliau keluar, saya pun turut keluar. Tapi...

"Mana kasut aku ni?" tercari-cari, tertoleh-toleh kiri dan kanan. "tak ada.. tak nampak pun... da kene sebat lah ni...". Pelajar-pelajar lain satu persatu keluar meninggalkan tempat pengajian. Hanya tinggal beberapa kasut saje, tiada empunya saya. "Dah lah, confirm lah ni kene curi, innalillah, nasib baik tadi da prepared and anticipate, tkdelah surprise sgt, jalan balik kaki ayam pun kaki ayam lah...". Ape nak buat? Dah takdir, redha sajalah.

Weird Weird Day.

Lalu saya pun turun lah anak tangga, nak keluar dari blok rumah tu. Tiba-tiba mata saya terpaut kepada sesuatu "Hmm, ada kasut bawah motor... cuba tengok... Hah, macam kasut saya! Gelap tak nampak, bawak keluar terang sikit... ahh! betol! kasut saya!" Macam mana boleh ada jauh di bawah motor pun, saya tak tahu. yang penting, Alhamdulillah.... (:

Weird Weird Day.

Sepatutnya lepas kelas nak teman kawan pergi makan, tapi dia tak jadi. Jadi dah telanjur di daerah asyir ni, saya pun plan nak beli barang2 yang ingin dibeli di daerah situ. Pergi lah ke kedai baju. Ikutkn hati, macam-macam nak beli bawa untuk balik. Di Singapura tak ada, kalau ada pun mahal. Jubah berjenis2, jaket-jaket, tapi.. tak apalah, simpan duit untuk yang lebih penting.

Saya cuma beli beberapa helai songkok putih. Harga semuanya 48 genih. Saya beri 200 genih, pulangan wang sepatutnya 152 genih. Penjual keluarkan 102 genih lalu bertanya "tak ade fakkah(duit kecil) 50 genih?" saya kata tak ada. Penjual pun suro saya tunggu, dia nak pecahkan duit 100 genih ke 50,50. Setalah dia kembali, saya pun ambil 50 genih saya, ucap terima kasih dan terus keluar.

Weird weird Day.

Sedang berjalan, berkumandang azan Isyak. Tergerak hati nak singgah masjid utk tunaikan solat. Di sini byk masjid, azan pun seperti echo, sahut menyahut antara masjid-masjid berdekatan. Tetapi saya tak nampak masjid pun, cuma ikut suara azan dan tembus lorong-lorong blok, jumpa sebuah masjid. Saya pun masuk.

Dalam ada ramai familiar faces, pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia. Bersaf-saf. Dalam hati, bestnya tinggal sini, ramai-ramai belajar, 'itikaf, solat jemaah. Semua dalam masjid, dgn teman-teman...

Weird weird day...

Setelah tamat solat jemaah Isyak, selesai sahaja saya memberi salam solat sunnah, ada seorang arab dekati saya. "Eh, ada ape ni, nk tegur something ke...?". Lalu dia pun bertanya, "tadi kau beli songkok kan? harga dia 48 genih. Kau kasi aku 200 genih, aku da balikkan kau 50 genih". Baru saya perasan, eh.. ni penjual tadi. saya angguk mengiya kan kata-katanya. "tadi aku da keluarkan 102. tapi kau tak amik". Saya ragu lalu check beg duit. Betol, cuma ada 50 genih sahaja. "Aah, aku lupa tadi, aku ingat kau da bagi". "Ok takpe, lps solat, kau pergi kedai balik, insyaAllah ada duit tu".

Weird weird day..

Saya pun kembali ke kedainya, dalam perjalan ke sana, macam2 dimainkan dalam kepala otak saya, sambil tersenyum. "ai, dalam banyak-banyak masjid, macam mana dia bole tahu aku kat situ. macam mana dia tahu aku pergi masjid pun? jauh plak tu dari kedai dia..."

Setelah menanti beberapa minit, dia pun tiba buka kembali kedainya dan membalikkan penanda "tutup utk solat". Dia kembalikan 102 genih saya, saya pun bertanya "kau tahu ke tadi aku ade dekat masjid tu?" dia jawab, "tak, aku tak tau, selepas aku beri salam, aku nampak kau dan terus jumpe kau". hah!

weird weird day.

Hari ini sepatutnya saya sedih, kasut baru beli hilang.. 100 genih hilang... tapi Allah dah tentukan hari ni bukan hari untuk saya sedih. alhamdulillah. saya terfikir2, kenapa agaknya takdirNya yang kurang baik bertukar sebaliknya. Wallahualam. saya tak ada jawapan, yang penting saya bersyukur atas nikmatNya.

weird weird day.

Selepas tu, saya jalan merantau sorang-sorang ke kedai stationery Samir wa Ali, beli barang-barang yg patut. Selepas tu ke maktabah Qimah pula berdekatan. Berejam-rejam saya dalam kedai buku tu. Enjoying my time alone. Lihat buku satu persatu. Banyak juga jumpa buku best! Adalah beli dalam 7 buah buku. Hee.

I think I'm getting very old. Waktu nak beli buku tu, sering kali terlintas di dalam fikiran "Ah, this book is good for my kids." Knp agaknya eh. Mungkin saja ianya reflect actions, I dont want my kids to experience the same childhood as mine. Bookless, fatherless, lack of so many things, informations, guidance, always left alone, etc. Nasib lah baik dpt masuk Madrasah. Alhamdulillah. I should add, but if ni semua tak berlaku, saya tak kan jadi seperti apa saya sekarang. :) hah. I am going to find myself a wonderful wife to asuh and take care of my kids.

Dah penat round satu kedai tu, saya pun bayar dan keluar. Lapar tahap nak makan kepala orang. hah.

weird weird day.

Alhamdulillah.

Wallahualam.