Salam alaik...
Halo. Hmm, mcm rase nk post one of my 'karya'.. lol.. byk lah hang peh karya. last time magazine busyra mwti suro antar ape2... abeh dah nk dateline. so org try2 uh tulis. sekali dapat masok cover page busyra 2005... ahah. i didnt do my GP hw. instead buat ni plak. lol.
Madrasah ku...
Madrasah ku...
Asas tempat pencarian ilmu
Disinilah mulanya aku mengenali huruf
Ramuan akademik dan ukhrawinya yang seimbang
Arusnya membawaku ke puncak kejayaan
Suasana keIslamannya yang menyerlah
Amat mendorongku kearah kebenaran
Hindarkan diriku dari kemaksiatan...
Wajibkanlah dirimu wahai teman-temanku
Ambillah peluang ini untuk mengumpul ilmu
Kerana tiada siapa yang tahu keadaan kelak...
Tuhanku,
Andai kata Kau akan menerima permintaan da doaku
Nampakkan dan tunjukkanlah kami ke jalan yang benar
Jadikan kami dan guru-guru kami hambaMu yang soleh
Orang-orang yang mentaati segala suruhanMu
Nantikan janji-janjiMu di kemudian hari
Gelapkan hati kami, jangan sekali oh Tuhan...
Agama Islam,
Lalikan dirimu wahai teman-temanku dengan agamaNya
Ingatlah Ia tak kira waktu genting atau girang
Selamatkan dan tegakkanlah seruan Ilahi ini
Latihlah dirimu untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari
Agar kehadiranmu di Madrasah setiap hari tidak disia-siakan
Moga=moga ilmu yang dituntut olehmu diberkatiNya
Inilah nasihat ringkas dariku kepadamu sekalian
Ambillah iktibar dan renungkanlah sejenak
Hanya sebagai teman, ku akhiri dengan salam...